Travel Dari Doha ke Kuala Lumpur Bersama Bayi 20 Hari. Kak Kep...

Travel Dari Doha ke Kuala Lumpur Bersama Bayi 20 Hari. Kak Kep Survived!

472
5
SHARE
Memang nyaman baby tidur dalam nih

Ini kisah berani mati. Kalau nenek nenek kita dengar memang urut dada, mengucap panjang. Atau mungkin yang sangat berpegang teguh dengan amalan tradisional akan jatuh pengsan.

Intro bukan main saspen kan Kak Kep nih? Hihihi.. Yok Yok O sangat kan? Hahaha.

Bagi mak mak zaman moden alaf ke 21 nih mungkin biasa biasa saja kalau dengar pengalaman Kak Kep nih. Hehehe. Bagi Kak Kep sendiri pun biasa biasa saja. Sebab Kak Kep dah bersedia dengan perisai dan yakin serta berserah kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Jangan Keluar Lambat Sangat Tau Baby

EDD untuk bersalin di Doha mengikut tarikh scan adalah pada 20 Mei 2013. Kak Kep dan Abg Sepet dengan yakinnya tempah tiket untuk balik ke Malaysia pada 10 Jun 2013 dengan andaian baby nak jengah dunia 2 minggu sebelum EDD mengikut pengalaman dulu semasa bersalinkan abang dan kakaknya.

Sekalinya baby syok sangat duduk dalam perut mama sampai tak mau keluar keluar. Hahahaha. Memang runsing fikir. Nak tukar flight tiket anjak ke depan sikit ke atau tak? Nak tukar kena bayar denda lagi. Kalau tak tukar takut pulak lepas 3 hari bersalin dah kena naik flight. Pening fikir.

Akhirnya, kami buat keputusan. Kalau 20 Mei tak bersalin juga, maka kita tukar tarikh tiket. Memang dengar cakap sungguh baby Kak Kep nih. 19 Mei dah turun tanda. 20 Mei selamat lahirkan baby girl seberat 3.3kg di Hospital Al Ahli, Doha, Qatar. Hanya beberapa peratus sahaja bayi yang lahir tepat mengikut EDD kan? Special Hajna Mezayra nih kan? hihihi.. Masih warganegara Malaysia. Belum sampai hajat nak jadi Qatari. Hihihi.

Tempat tumpahnya darah Hajna Mezayra.. Hehehe
Tempat tumpahnya darah Hajna Mezayra.. Hehehe

20 Hari Untuk Tempoh Pemulihan Sepenuhnya

Lepas diubah dari bilik bersalin ke wad, laju laju Kak Kep telan Zinc Complex. Kak Kep kena pastikan by 10 Jun Kak Kep kena sihat, luka jahitan dah sembuh sepenuhnya, rahim makin mengecut, jalan makin laju. Kak Kep cuma ada 20 hari untuk sihat cergas macam biasa untuk terbang selama 10 jam.

Dan vitamin yang Kak Kep ambil semasa mengandung seperti Vitamin C, B Complex, Vitalea, Ostematrix dan ESP pun Kak Kep ambil macam biasa. Kak Kep perlu kembali bertenaga macam biasa.

Mak saudara yang datang jaga dalam pantang dengan mak memang strict sikit bab berpantang nih. Nak tegur pun tak jadik sebab memang nampak bertenaga. Kalau yang pernah berpantang dengan dia, nak ikutkan duduk pun dia tak bagi. Dia suruh tidur jek. Tapi dengan Kak Kep dia pun pelik. Budak nih kat wad jek kot dia baring. Balik rumah macam bukan orang beranak. Sihat segar bugar. Hihihihi.

Beria dia bercerita kat orang yang Kak Kep nih tak reti dok diam. Walaupun dalam pantang dan mak datang jaga tapi hal hal baby memang Kak Kep handle sendiri. Mak tak tengok sangat baby. Baby fully breastfeed memang kita sendiri lah yang kena peduli kan? Orang lain memang tak boleh tolong hatta suami sendiri kecuali bab mandi dan tukar diaper.

Di hospital 3 hari dah boleh balik ke rumah. Kawan kawan datang visit baby siap boleh buat makan makan. Gelak suka ria bagai lupa diri pulak tengah berpantang. Hahaha. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT badan sihat kuat untuk susukan baby sepenuhnya, mood pun riang gembira sentiasa dalam pantang. Nifas pun cepat kering.

Bayi 20 Hari Terbang Bersama Sri Lankan Airlines

Kisah seorang mak berpantang membawa bayi yang berusia 20 hari menaiki pesawat selama lebih kurang 10 jam termasuk transit di Colombo selama 2 jam tanpa suami bersama anak berusia 6 tahun dan 1.5 tahun disertai mak serta mak saudara.

Mungkin simpati sangat pada Kak Kep kalau takde sambungan disertai mak serta mak saudara tuh kan? Hahahaha.. Kak Kep masih waras. Pantang 20 hari bawa bayi dan anak anak tanpa bantuan langsung? Memang kerja gila.

Nak ikutkan saspen jugak. Tapi nak buat macam mana, redah jek la. Mak pun dah tak sabar sabar nak balik Malaysia. Hehe. Doa banyak banyak semuanya dipermudahkan. Beg beg tuh terpaksa juga Kak Kep angkat. Si kakak pun boleh tahan buat perangai taknak kat tok. Asyik nak mama jek.

Keadaan kalau travel dengan bayi dan anak kecil. Sanggup ke sanggup? Hihihi.. Kak Kep tak sebanyak ini barang barangnya. Hehehe
Keadaan kalau travel dengan bayi dan anak kecil. Sanggup ke sanggup? Hihihi.. Kak Kep tak sebanyak ini barang barangnya. Hehehe

Waktu check in memang dah request siap siap untuk seat yang ada basinet untuk bayi. Jujur Kak Kep cakap, bawa baby yang berusia 6 bulan ke bawah lagi mudah. Baby kuat tidur. Susu dan tidur. Tak banyak ragam. Kira dalam flight memang tenang. Cabin crew pun tak habis habis tegur “so cute, she just 20 days? so small” hehehe. Kak Kep sengih jek la.. Hihihi.. Yang paling penting baby kena breastfeed. Kalau bottle feed memang leceh sikit. Nak kena buat susu semua.

Memang nyaman baby tidur dalam nih
Memang nyaman baby tidur dalam nih

Transit selamat 2 jam di Colombo pun tak banyak masalah. Cuma tukar gate dan terus on board. Alhamdulillah tiada masalah flight delay dan sebagainya. Allah makbul doa Kak Kep supaya semuanya berjalan lancar.

Baby pun tidur jek sepanjang perjalanan. Yang si kakak buat onar sikit asyik nak berkepit dengan mama dia. Dengan tok takmau langsung. Huhuhu. Adik yang dok kena pass kat tok.

Sampai di KLIA pun semua berjalan lancar. Lupa diri lagi dengan mengangkat beg berat berat tuh 2,3 biji. Serius terlupa yang diri tengah berpantang. Lagipun tak sampai hati tengok mak pulak yang nak kena angkat semua.

Sambung Berpantang Lagi 24 Hari

Balik Malaysia, sambung balik berpantang lagi 24 hari di kampung. Bengkung, tungku, pakai stokin seperti biasa. Kali nih berpantang tanpa Abg Sepet memang sah sah semua buat sendiri. Tapi sikit pun tak rasa tertekan. Malah sangat enjoy. Alhamdulillah.

Dengan izin Allah SWT, juga Set Berpantang yang Kak Kep ambil buat Kak Kep rasa sangat rilek. Pelik sangat sebab waktu berpantang semasa umur 26 tahun badan lagi rasa teruk. Padahal berpantang pada umur 32 sangat bertenaga dan enjoy.

All time favourite
All time favourite

Hmmm.. adakah boleh tambah lagi satu hero?? Jeng jeng jeng.. 4 orang nak handle waktu dalam flight tanpa bantuan? Hmmm.. Jap, Kak Kep nak fikir sedalam dalamnya.. Hihihihi..

Akhir kata.. Mak Kental Anak Hebat.. Chewahhh..

Much Love,

-Kak Kep-

 ** semua gambar ihsan Google Images

5 COMMENTS

  1. Kep.. aku memang saluteeee giler dengan kau.. baby baru pahir insyaAllah okay kan.. melainkan sakit perut etc.. tapi kalau bawak baby 20 hari + toddler aku rasa memang super duper mencabar!!

    Mujur la kau sihat walafiat. Ni semua salah Shaklee. Hahaha

    • Nak balik Malaysia punya pasal beb.. Aku kentalkan jiwa raga.. hahahaha.. mee goreng mamak, yong tau foo, pasembor, nasik kandar memanggil manggil.. kahkahkahkah

      Memang!! Shaklee memang salah dalam segala hal.. hahaha

  2. Best kak kep.
    Memang kental sungguh la.Baru 20 hari kot.
    Nak kuar rumah pun tak berani.
    Tapi yang reqquest dalam flight utk baby memang baru tau.
    Best sharing kak kep.

LEAVE A REPLY