Ustadh Nouman Quran Intensive Course : The Power of Vision Board

Ustadh Nouman Quran Intensive Course : The Power of Vision Board

145
6
SHARE
Ustadh conteng buku pun nak eksaited. Tah pape kan? Hahaha.
*** apsal tah pening pulak tulisan jadi rapat rapat macam nih tak boleh adjust. korang layan jek la ekkk.. Huhuhuhu.
Sorryyyyy ekkk***
########################################
Subhanallah
Allah Maha Besar
Sungguh Kak Kep tak sangka Kak Kep akan berada dalam majlis ilmu sebegini
Mengenali bahasa Al Quran dengan ustaz yang memang menjadi kegemaran Kak Kep dan Abam S
Kalau Kak Kep sebut nama Nouman Ali Khan mungkin ramai yang tak kenal kan? Ustadh berbangsa Pakistan warganegara Amerika ini memang sangat terkenal dengan ceramah dan kelas Al Quran yang dikendalikan di seluruh dunia
Sebenarnya Kak Kep nak story pasal salah satu impian dalam vision board Kak Kep
Vision board nih bahasa senangnya ialah impian dan harapan kita yang kita tampal dan tengok tiap tiap hari
Nak tau salah satu gambar yg ada dlm vision board Kak Kep? Haaaa kat bawah nih hah..
 IMG_2392
Lama dah Kak Kep tampal impian yang satu ini. Awal 2014. Dan ini antara impian yang paling lambat Kak Kep letak ‘due date’ atas banyak faktor yang perlu dipertimbangkan.
Salah satu sebabnya, course yang dikendalikan oleh Ustadh Nouman Ali Khan nih di US dan ambik masa berbulan bulan.
Secara logik kekangan yang paling mencabar dari segi masa dan kewangan. Tapi Kak Kep yakin, Kak Kep MESTI BOLEH.
Sebab Kak Kep sentiasa percaya yang Allah mesti bantu Kak Kep realisasikan benda nih.
Dalam banyak banyak benda di vision board inilah satu impian dan harapan yang PALING Kak Kep NAK SANGAT SANGAT.
Sehinggalah iklan ini lalu newsfeed Kak Kep..
noumanalikhan
Sehingga sekarang Kak Kep masih lagi tak percaya pasal benda nih.
Subhanallah Subhanallah Subhanallah
Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang.
2-30 Ogos memang full month Kak Kep akan ada di KL. Bila nampak iklan video Bayyinah Malaysia di atas. Tanpa fikir panjang Kak Kep terus daftar untuk diri sendiri dan anak bujang. Lagi sekali bersyukur sebab tak fikir panjang sebab seats dah full in 2 hours with 1000 lebih waiting lists which is memang impossible untuk dapat tempat tuh.
Kelas Quran Intensif nih umpama di adakan UNTUK KAK KEP!!
Allah dah aturkan macam tuh.
Allah dah aturkan yang no holiday obesea sepanjang bercuti di Malaysia kali nih.
Allah dah aturkan yang balik kali nih untuk Kak Kep Kembara Mencari Ilmu Al Quran.
Perasaan dia? No words can describe. MashaaAllah. Kelu.
Alhamdulillah. Dah 3 hari kelas berlangsung. Ustadh Nouman make Arabic so much easy and so much fun. Seriously. Sangat sangat mantap. Lepas kelas kalau tak faham, Kak Kep ada Bayyinah TV untuk revision. Memang best!
Cuma satu yang Kak Kep nak bagi nasihat kat korang.
Jangan pernah berhenti berdoa dalam mencapai apa yang diinginkan. Macam Kak Kep nih. Waktu tampal kat vision board memang budget kami yang nak kena ke US untuk belajar. Sekalinya Ustadh Nouman yang ‘datang’ kat kami untuk mengajar. Isn’t it amazing? Percaturan dan perancangan Allah memang terbaik.
Jadi, sama jugak macam korang semua.
Apa yang korang NAK
Apa yang korang IMPIKAN
Apa yang korang MAHUKAN
Tuliskan, lukiskan, tampal dan tengok hari hari.
DOA DOA dan teruskan BERDOA dengan bersungguh sungguh.
Allah pasti bagi. Malahan yang lebih baik.
Syukur Alhamdulillah.
Nanti Kak Kep update lagi pasal Kembara Ilmu Quran Intensif dengan lebih detail okayhh.. Muahhhh..

Teh ajaib sentiasa jadi besfren. Kena fokus sentiasa. No ngantuk ngantuk okayhhhh.

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY